Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Dis 2018
Versi 8.1.2
Pembangunan Tanah Adat Negeri SarawakPembangunan Tanah Adat Negeri Sarawak

Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan kira-kira 500,00 hektar tanah NCR daripada 1,000,000 hektar tanah yang disasarkan bagi tujuan pembangunan perladangan kelapa sawit berjalan dengan lancar setakat hari ini. PELITA telah mensasarkan kira-kira 150,000 hektar tanah NCR yang dibangunkan untuk perladangan kelapa sawit daripada 500,000 hektar tanah NCR yang disasarkan oleh kerajaan negeri.

Objektif pembangunan projek tanah NCR adalah untuk menjadikan tanah NCR yang terbiar kepada tanah komersial yang produktif. Seperti yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri, Pembangunan NCR dilaksanakan berdasarkan kerjasama dengan pihak swasta. 

Sejak penglibatan pertama dalam pembangunan tanah NCR pada tahun 1996, kini bilangan projek telah meningkat kepada empat puluh tujuh (47) dengan empat puluh (40) Syarikat Usahasama (JVC) . Setakat hari ini, sejumlah 79,623 hektar telah ditanam dengan penyertaan peserta yang berdaftar seramai 13,952.